Khamis, 27 Mac 2014
PESANAN
Kalau ada lelaki atau wanita,yang selama kamu kenal dia,suka dia,sayang dia dan cinta dia,tapi dia penyebab renggangnya hubungan kamu dengan ibu kamu,maka ingat kata-kataku ini:tinggalkan dia serta merta.
Dan ingatlah:
Sakit ibu melahirkan kamu,tidak mampu kamu balas hingga nafas terakhir.Tiada ibu kamu,maka tiadalah kamu.Jika kamu mahukan redha Allah,maka sayangilah ibu kamu seperti mana dia menyayangi kamu.
MUHASABAH DIRI
Assalamualaikum
Umur semakin meningkat
Kematian semakin dekat
Perbanyakkan amal ibadat
Untuk bekalan ke akhirat.
Mati itu pasti
Tanpa mengira waktu dan hari
Tanya pada diri
Apakah amalan sudah mencukupi.
Hidup hanya sementara
Usahlah sombong dan berbangga
Hari ini kita ketawa
Mungkin esok kita berduka.
Apa yang dimiliki kita
Allah pemiliknya
Tepuk dada tanya selera
"Apa yang aku ada".
Dunia hanya sementara
Akhirat kekal selamanya
Moga Allah redha
InsyaAllah berkat selamanya.
Langgan:
Catatan (Atom)